Assalamualaikum.....SELAMAT DATANG


Assalamualaikum, selamat datang ke laman sesawang kami. Kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan dan menjemput anda semua untuk memilih, melihat dan merasai produk bakeri hasil daripada kepakaran kami dalam mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi. Produk kami dihasilkan secara tradisional dengan menerapkan nilai asli kuih-muih tradisional. Mari sokong sertai kami dengan mengalami sendiri keenakan rasa dengan membeli produk buatan tradisional kami. Kami sedia untuk menerima tempahan kuih-muih dan bakeri bagi majlis-majlis keramaian, kenduri kesyukuran, kuih-muih hari raya, biskut, dan kek. Kami bersedia membuat kuih-muih dan kek mengikut citarasa anda. Cepat sebelum semuanya kehabisan di tempah.....


SELAMAT MELAYARI LAMAN SESAWANG FATIMAH COOKIES!!!

KAEDAH TEMPAHAN



PRODUK-PRODUK KAMI (SENARAI BARU 2013)


Senarai Jenis Biskut
  1. Biskut Mazola
  2. Biskut Semperit
  3. Biskut Suji
  4. Biskut Makmur
  5. Biskut Tart Nenas
  6. Biskut Almond London
Senarai Jenis Kuih-muih Tradisional
  1. Kueh Bakar
  2. Kuih Dangai
Senarai Jenis Kek
  1. Kek Gula Hangus
  2. Kek Coklat Moist
  3. Kek Muffin
Senarai Jenis Keropok/Kacang/Kerepek
  1. Keropok Ikan 
  2. Keropok Kacang Dal
  3. Keropok Potato Roll
  4. Kerepek Pisang
  5. Kerepek Ubi Kuning
  6. Kerepek Ubi Pedas
  7. Kerepek Bawang
  8. Jejari Ubi Putih
  9. Jejari Ubi Pedas
  10. Jejari Bilis
  11. Kacang Bijan
  12. Kacang Salut
  13. Beritih Jagung (Popcorn)


SYARAT TEMPAHAN

1)
Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja (kecuali waktu malam tidak dilayan). 


2) Tiada had maksima kuantiti tempahan untuk setiap jenis produk. 


3) Sila buat tempahan awal untuk hari-hari istimewa, perayaan, perkahwinan dan festival utama keraian yang lain.


4) Sila maklumkan kuantiti yang diingini bagi setiap produk dengan jelas, terang dan nyata kepada saya.


5) Harga istimewa akan diberikan sekiranya pembelian / tempahan lebih > 1000 unit.


6) Sila maklumkan segera jika terdapat sebarang perubahan lain seperti jenis produk, kuantiti tempahan, tarikh diperlukan dan lain-lain.


7) Tempahan hanya sah diterima dan dibuat selepas pihak kami menerima bayaran deposit 50 % daripada jumlah keseluruhan harga tempahan anda. Sila rujuk KAEDAH PEMBAYARAN.


8) Sila beri tempoh secukupnya kepada kami untuk menyiapkan tempahan anda dan juga masa secukupnya untuk penghantaran produk.


9) Jika anda ingin merasa sampel terlebih dahulu bagi produk kami, sila maklumkan kepada saya (Sila hubungi Pn. Fatimah - 6012-3206990) dan anda perlu datang sendiri ke Taman Seremban Jaya, Senawang, Negeri Sembilan untuk sesi merasa sampel produk (Hanya untuk pembelian secara banyak dan tempahan pelbagai jenis kuih-muih).




Borang Tempahan (Order/Booking Form)


Untuk keterangan lanjut,

Sila hubungi Pn. Fatimah - 6012-3206990 untuk tempahan
atau email kepada homemadefatimah@gmail.com 
(email jarang buka! Sila telefon untuk makluman sekiranya email dihantar)

"Masak Dari Hati, Masak Dengan Iman" - Fatimah

No comments:

Post a Comment

Popular Posts