Assalamualaikum.....SELAMAT DATANG


Assalamualaikum, selamat datang ke laman sesawang kami. Kami amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan dan menjemput anda semua untuk memilih, melihat dan merasai produk bakeri hasil daripada kepakaran kami dalam mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi. Produk kami dihasilkan secara tradisional dengan menerapkan nilai asli kuih-muih tradisional. Mari sokong sertai kami dengan mengalami sendiri keenakan rasa dengan membeli produk buatan tradisional kami. Kami sedia untuk menerima tempahan kuih-muih dan bakeri bagi majlis-majlis keramaian, kenduri kesyukuran, kuih-muih hari raya, biskut, dan kek. Kami bersedia membuat kuih-muih dan kek mengikut citarasa anda. Cepat sebelum semuanya kehabisan di tempah.....


SELAMAT MELAYARI LAMAN SESAWANG FATIMAH COOKIES!!!

KAEDAH PEMBAYARAN

KAEDAH BAYARAN

Kaedah bayaran adalah sangat mudah dan efektif bagi menjaga hak jual beli bagi kedua belah pihak penjual dan pelanggan. 

Tuan/Puan hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 50 % daripada jumlah keseluruhan harga tempahan anda dan baki selebihnya 50 % pada waktu penyerahan produk makanan kami kepada anda.

1) Bayaran pendahuluan sebanyak 50 % daripada jumlah keseluruhan harga barangan yang di tempah. Sila bayar terus ke akaun atau bayar sendiri di Taman Seremban Jaya, Senawang.

2) Bayaran akhir (baki) sebanyak 50 % lagi daripada jumlah keseluruhan harga barangan yang di tempah. 

3) Sila buat bayaran pendahuluan anda ke akaun kami. No. Akaun akan diberitahu melalui telefon atau SMS. Tuan/Puan hendaklah menghubungi Pn. Fatimah di talian telefon 6012-3206990 untuk penerangan lanjut.  

KAEDAH PENGHANTARAN

Tuan/Puan perlu mengambil sendiri produk yang anda tempah di Taman Seremban Jaya, Senawang, Seremban dan persetujuan tarikh penyerahan hendaklah di tetapkan terlebih dahulu dengan saya (Pn. Fatimah - 6012-3206990).

Jika Tuan/Puan menginginkan penghantaran terus ke rumah, bayaran tambahan akan dikenakan mengikut lokasi dan jarak perjalanan (bayaran tidak tetap kerana bergantung kepada tambang tol, minyak petrol dan jarak kilometernya). 

a) Bagi lokaliti / daerah didalam Negeri Sembilan - tiada bayaran dikenakan.
b) Bagi kawasan yang berjiran dengan Negeri Sembilan (Melaka, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan) - bayaran tambahan > RM30 hingga RM60/-
c) Bagi kawasan luar daripada Negeri Sembilan (Terengganu, Perak, dan Kelantan) - bayaran tambahan > RM60/- keatas

Jika Tuan/Puan menginginkan penghantaran terus ke rumah juga, ia istimewa untuk pelanggan tetap dan pembelian produk kami dalam kuantiti banyak sahaja iaitu melebihi > 1000 unit tempahan. Sila berbincang dengan saya terlebih dahulu (Pn. Fatimah - 6012-3206990).

Untuk keterangan lanjut,

Sila hubungi Pn. Fatimah - 6012-3206990
atau email kepada homemadefatimah@gmail.com (email jarang buka! Sila telefon untuk makluman sekiranya email dihantar)

"Masak Dari Hati, Masak Dengan Iman" - Fatimah

No comments:

Post a Comment

Popular Posts